Wednesday, 27 February 2013

Sambungan Darihal Islam


Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh,

Segala puji bagi Allah Swt., Pencipta sekalian alam. Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Saw. Selamat sejahtera ke atas para Ahlul Bait, SahabatNya, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, para Syuhada dan Salafus Soleh serta orang-orang yang mengikut mereka dengan baik hingga ke hari kemudian. A'mma ba'du.
Perihal rukun iman dan rukun Islam ini datangnya daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari ‘Umar Ibn al-Khattab.  Saya akan menulis terjemahannya sahaja  bagi hadis ini kerana hadis ini sangat panjang. Saya perolehi hadis ini daripada buku “Hadis 40” yang disusun oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif Al-Nawawi  dan diterjemahkan dan disyarahkan oleh Al-Ustadh Mustafa ‘Abdul Rahman yang diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar(DPF). Hadis ini merupakan hadis yang ke-2 daripada 40 hadis di dalam buku ini. Tujuan saya menulis hadis ini adalah untuk menyokong teks sebelum ini dan mendedahkan dari mana rukun iman dan rukun Islam ini datang. Sebagai nasihat kepada tuan/puan yang membaca blog ini, saya ingin memberitahu bahawa setiap perkara yang kita ketahui di dalam agama ini haruslah disokong oleh sumber-sumber yang utama dan paling kuat iaitu Al-Quran dan hadis-hadis sahih. Tidak memadai apabila kita berhujah dengan berkata “ustaz saya kata”, “ustaz dalam TV kata”,  “saya dengar orang kata” dan seumpamanya lagi kerana hujah sedemikian mudah dipatahkan umpama ranting-ranting pokok. Apabila kita berhujah dengan isi-isi  di dalam Al-Quran dan nas-nas yang sahih, orang yang mendengar hujah kita pasti akan bersetuju dan tidak mampu untuk menidakkan hujah kita tersebut. Baiklah,sekarang kita ke terjemahannya.

Terjemahan hadis ke-2:
Dari ‘Umar R.A juga katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah S.A.W tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang bersangatan putih kainnya, bersangatan hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi S.A.W lalu ia menyandarkan kedua lututnya kepada dua lutut Nabi S.A.W dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas dua paha Nabi S.A.W. Kemudian ia berkata: Hai Muhammad! Khabarkanlah kepadaku darihal Islam. Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Islam itu ialah bahawa engkau mengaku tiada Tuhan melainkan Allah , dan bahawasanya Muhammad itu Pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadhan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Ia berkata: Benarlah engkau! Maka kami pun tercengang kerana ia yang bertanya dan ia pula yang membenarkannya. Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah S.A.W menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan MalaikatNya dan segala kitabNya dan para RasulNya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baikNYa dan jahatNya. Ia berkata:Benarlah engkau! Kemudian ia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal Ihsan. Rasulullah S.A.W menjawab: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, tetapi jika engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Ia melihat engkau. Akhirnya ia berkata(meneruskan pertanyaan lagi): Maka khabarkanlah kepadaku darihal hari Qiamat. Rasulullah S.A.W menjawab: Tidaklah yang datang daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya. Kalau begitu, katanya, khabarkan kepadaku dari tanda-tandanya sahaja. Rasulullah S.A.W menjawab: Tanda-tandanya itu ialah bila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang-orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing(berbangga-bangga) menegakkan dan meninggikan-ninggikan binaan. Setelah itu, Rasulullah S.A.W bertanya: Hai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu? Kataku: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu. Rasulullah S.A.W berkata: Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu. Diriwayatkan oleh Muslim.

Saturday, 12 January 2013

MENGENALI ISLAM.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini kami akan membincangkan topik Mengenali Islam sekaligus membincangkan asas-asas yang ada dalam agama Islam. 

Pertamanya ialah Syari'ah atau Undang-Undang Islam.

Syari’ah (Undang-Undang) Islam bertujuan untuk mewujudkan hal-hal berikut :

1. Memperkenalkan manusia dengan Tuhan dan Pencipta mereka , melalui nama-nama-Nya yang mulia dan sifat-sifat-Nya yang agung , serta perbuatan-perbuatanNya yang sempurna .

2. Menyeru manusia untuk beribadah hanya kepada Allah , tidak ada sekutu bagi-Nya , dengan menjalankan semua perintah dan menjauhi semua larangan-Nya , yang merupakan kemaslahatan (faedah) bagi mereka di dunia dan akhirat .

3. Mengingatkan mereka akan keadaan dan tempat kembali mereka setelah mati, dan apa yang akan mereka hadapi di dalam kubur , serta ketika dibangkitkan dan dihisab . Kemudian tempat kembali mereka syurga atau neraka .

Dan hal-hal yang diseru oleh Islam dapat kita simpulkan dalam isi-isi berikut :

Pertama : ’Aqidah

Iaitu : Meyakini rukun-rukun iman yang enam :

1- Beriman kepada Allah , diwujudkan dengan hal-hal berikut :

a)     Beriman pada rububiyyah Allah Ta’ala , ertinya : bahawasanya Allah adalah Tuhan , Pencipta , Pemilik , Pengatur segala urusan .

b)     Beriman pada uluhiyyah Allah Ta’ala , ertinya : bahawasanya Allah Ta’ala sajalah Tuhan yang berhak disembah , dan semua sesembahan selain-Nya adalah batil .

c)     Beriman pada nama-nama dan sifat-sifat-Nya , ertinya : bahawasanya Allah Ta’ala memiliki nama-nama yang mulia , dan sifat-sifat yang sempurna serta agung sesuai dengan yang ada dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya S.A.W.

2- Beriman kepada para Malaikat :

Malaikat adalah hamba-hamba yang mulia . Mereka diciptakan oleh Allah untuk beribadah kepada-Nya , serta tunduk dan patuh mentaati-Nya . Allah telah membebankan kepada mereka berbagai tugas . Di antara mereka adalah Jibril ; ditugaskan menurunkankan wahyu dari sisi Allah kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang dikehendaki-Nya .

Ada Mikail yang ditugaskan untuk mengurus hujan dan tumbuh-tumbuhan . Ada pula Israfil yang bertugas meniupkan sangsakala dihari terjadinya kiamat . Dan ada juga Malaikat Maut , bertugas mencabut nyawa ketika ajal telah tiba .

3- Beriman kepada Kitab-kitab :

Allah - Yang maha agung dan mulia - telah menurunkan kepada para rasul-Nya kitab-kitab , mengandung petunjuk dan kebaikan . Yang kita ketahui diantara kitab-kitab ini adalah :

a)     Taurat , diturunkan Allah kepada Nabi Musa A.S , ia merupakan kitab Bani Israil yang paling agung .

b)     Injil , diturunkan Allah kepada Nabi Isa A.S .

c)     Zabur , diturunkan Allah kepada Daud A.S.

d)     Suhuf Nabi Ibrahim dan Nabi Musa A.S.

d)     Al Qur’an yang agung , diturunkan Allah Ta’ala kepada nabi-Nya Muhammad , penutup para nabi . Dengannya Allah telah menasakh (menghapus) semua kitab sebelumnya . Dan Allah telah menjamin untuk memelihara dan menjaganya ; kerana ia akan tetap menjadi hujjah atas semua makhluk , sampai hari kiamat .

4- Beriman kepada para rasul :

Allah telah mengutus para rasul kepada makhlukNya . Rasul pertama adalah Nuh dan yang terakhir adalah Muhammad SAW . Dan semua rasul itu adalah manusia biasa , tidak memiliki sedikitpun sifat-sifat ketuhanan . Mereka adalah hamba-hamba Allah , yang telah dimuliakan dengan kerasulan . Dan Allah telah mengakhiri semua syari’at dengan syari’at Muhammad S.A.W . Beliau diutus untuk seluruh manusia . Maka tidak ada lagi nabi sesudahnya .

5- Beriman kepada hari akhirat :

Iaitu hari kiamat , tidak ada hari lagi setelahnya , Ketika Allah membangkitkan manusia dalam keadaan hidup untuk kekal ditempat yang penuh kenikmatan atau di tempat seksaan yang amat pedih. Beriman kepada Hari Akhir meliputi beriman kepada semua yang akan terjadi setelah mati , yaitu : ujian kubur , kenikmatan dan seksaannya , serta apa yang akan terjadi setelah itu , seperti kebangkitan dan hisab , kemudian syurga atau neraka .

6- Beriman kepada Qada' dan Qadar (Takdir) :

Qada' dan Qadar ertinya : beriman bahawasanya Allah telah mentakdirkan semua yang ada dan menciptakan seluruh makhluk sesuai dengan ilmu-Nya yang terdahulu , dan menurut kebijaksanaanNya . Maka segala sesuatu telah diketahui oleh Allah , serta telah pula tertulis disisiNya , dan Dialah yang telah menghendaki dan menciptakannya .

Kedua : Rukun-Rukun Islam :

Islam dibangun diatas lima rukun . Seseorang tidak akan menjadi muslim yang sebenarnya hingga dia mengimani dan melaksanakannya, iaitu :

Rukun pertama : Syahadat (bersaksi) bahwa , tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah , dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasulullah . Syahadat ini merupakan kunci Islam dan asas bangunannya .

Makna syahadat la ilaha illallah ialah : tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah saja , Dialah yang haq , sedangkan selainnya adalah batil .

Dan makna syahadat : bahawasanya Muhammad itu adalah rasulullah ialah : membenarkan semua apa yang diberitakannya , dan menta’ati semua perintahnya serta menjauhi semua yang dilarang dan dicegahnya .

Rukun kedua : Solat :

Iaitu lima solat setiap hari , Allah syari’atkan sebagai hubungan antara seorang muslim dengan Tuhannya . Didalamnya dia bermunajat dan berdo’a kepada-Nya , disamping agar menjadi pencegah bagi muslim dari perbuatan keji dan munkar .

Dan Allah telah menyiapkan bagi yang menunaikannya kebaikan dalam agama dan kemantapan iman serta ganjaran , baik yang cepat mahupun lambat . Maka dengan demikian seorang hamba akan mendapatkan ketenangan jiwa dan keamanan raga yang akan membuatnya bahagia didunia dan akhirat .

Rukun yang ketiga : Zakat

Iaitu sedekah yang dibayar oleh orang yang memiliki harta sampai nisab (kadar tertentu) setiap tahun , kepada yang berhak menerimanya seperti orang-orang fakir dan lainnya diantara yang boleh dibayarkan zakat kepada mereka . Dan zakat itu tidak diwajibkan atas orang fakir yang tidak memiliki nisab , tapi hanya diwajibkan atas orang-orang kaya untuk menyempurnakan agama dan islam mereka , meningkatkan keadaan dan akhlak mereka , menolak segala bala dari mereka dan harta mereka , mensucikan mereka dari dosa , disamping sebagai bantuan bagi orang-orang yang memerlukan dan fakir diantara mereka , serta untuk memenuhi keperluan umum mereka , sementara ia (zakat) hanyalah merupakan sebahagian kecil sekali dari jumlah harta dan rezeki yang diberikan Allah kepada mereka .

Rukun yang keempat : Puasa

Iaitu selama satu bulan saja setiap tahun , pada bulan Ramadhan yang mulia , yakni bulan kesembilan dari bulan-bulan Hijriah . Kaum muslimin secara keseluruhan serentak meninggalkan keperluan-keperluan zahir mereka ; makan , minum dan jima’ , disiang hari ; mulai dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari . Dan semua itu akan diganti oleh Allah bagi mereka - berkat kurnia dan kemurahannya - dengan penyempurnaan agama dan iman mereka , serta peningkatan kesempurnaan diri mereka , dan banyak lagi ganjaran dan kebaikan lainnya baik didunia mahupun diakhirat yang telah dijanjikan Allah bagi orang-orang yang berpuasa .

Rukun yang kelima : Haji

Iaitu menuju Masjidil haram (di Mekkah) untuk melakukan ibadah tertentu . Allah mewajibkannya atas orang yang mampu sekali seumur hidup . Pada waktu itu kaum muslimin dari segala penjuru berkumpul ditempat yang paling mulia dimuka bumi ini , menyembah Tuhan Yang Satu , memakai pakaian yang sama , tidak ada perbezaan antara pemimpin dan yang dipimpin , antara sikaya dan sifakir , dan antara yang berkulit putih dan berkulit hitam . Mereka semua melaksanakan bentuk-bentuk ibadah tertentu , yang terpenting diantaranya adalah : Wukuf dipadang Arafah , tawaf diKa’bah yang mulia kiblatnya kaum muslimin , dan sa’ie antara bukit Safa dan Marwah .

Dan di dalam pelaksanan haji itu terdapat manfaat-manfaat yang tidak terhingga banyaknya , baik dari segi agama mahupun dunia .

Ketiga :

Selanjutnya , Islam juga telah mengatur kehidupan pemeluknya secara individu dan kelompok , dengan konsep yang menjamin kebahagiaan hidup mereka dunia dan akhirat . Islam membolehkan bahkan mendorong mereka untuk nikah , dan sebaliknya mengharamkan (melarang) perbuatan zina , sodomi , dan segala bentuk prilaku kotor lainnya . Ia mewajibkan menjalin hubungan antara kerabat , mengasihi orang-orang fakir dan miskin serta menyantuni mereka , sebagaimana Islam juga mewajibkan dan mendorong untuk berakhlak mulia , serta mengharamkan dan melarang segala bentuk moral yang hina . Islam membolehkan bagi mereka usaha yang baik melalui perdagangan , persewaan dan semacamnya , serta mengharamkan praktik riba , segala bentuk perdagangan yang terlarang , dan semua yang mengandung unsur penipuan atau pengelabuan .

Sebagaimana Islam juga memperhatikan perbezaan manusia dalam konsisten terhadap ajarannya dan memelihara hak-hak orang lain , untuk itu ditetapkan hukuman-hukuman yang mencegah untuk terjadinya berbagai pelanggaran terhadap hak-hak Allah seperti murtad , berzina , meminum arak dan semacamnya , begitu juga ditetapkan hkuman-hukuman yang mencegah akan terjadinya pelanggaran terhadap hak-hak sesama manusia , seperti membunuh , mencuri , menuduh orang lain berbuat zina , atau menganiaya dengan memukul atau menyakiti . Hukuman-hukuman tersebut sangat sesuai dengan bentuk kejahatannya tanpa ada berlebih-lebihan .

Sebagaimana Islam juga telah mengatur dan memberi batasan terhadap hubungan antara rakyat dan penguasa , dengan mewajibkan rakyat untuk taat selama bukan dalam maksiat kepada Allah , dan mengharamkan kepada mereka memberontak atau menentang , kerana boleh menimbulkan kerosakan-kerosakan secara umum atau khusus .

Sebagai penutup , dapat kita katakan bahawa , Islam telah merangkumi ajaran yang membangun dan menciptakan hubungan yang benar dan amalan yang tepat antara hamba dan Tuhannya , dan antara seseorang dengan masyarakatnya dalam segala urusan . Maka tak satupun kebaikan , baik itu disegi akhlak maupun mu’amalat , melainkan Islam telah membimbing dan mendorong ummat untuk melaksanakannya, dan sebaliknya tak satupun keburukan dalam hal akhlak ataupun mu’amalat melainkan Islam telah mencegah dan melarang ummat untuk melakukannya . Ini semua membuktikan kesempurnaan dan keindahan agama ini , dalam seluruh sisi dan bagiannya .

Segala puji bagi Allah , Tuhan semesta alam . Wassalam..




diambil di mengenalislam.blogspot.com dan diedit semula.

Monday, 10 December 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum visitors. This blog is going to be a well documented diary of dakwah regarding to Islam's history, obligation and beliefs in the mean time to provoke other Muslim to do dakwah as well. There will be three contributors to the dakwah  production and hopefully this blog; they will be Mohd Azhari bin Wahab, Muhd Nabil bin Abd Shukor, Muhammad Haziq bin Hamzah  We will work together on delivering knowledge about Islam as well as to signify the unbelievers about the beauty of Islam. If all goes to plan this blog will be updated regularly with what we are doing towards the Islam's history, obligation and beliefs , so make sure to keep checking back to see what's going on.We are hoping some positive feedback / comments, suggestion and even reprimandation in case our post have some mistakes. The truth comes from Allah, the mistakes come from us. By then, have a nice and blessful day. Assalamualaikum.